26 Februari 2010

Jadilah Perancang Harta Islam as-Salihin Trustee Bhd

Jadilah Perancang Harta Islam as-Salihin Trustee Bhd


Peluang Perniagaan Sebagai Perancang Harta Islam


Syarikat As-Salihin Trustee Berhad sebagai sebagai syarikat amanah yang terbesar dan pakar dalam hal ehwal perancangan pembahagian harta mengikut prinsip syariah Islam ingin menawarkan peluang menjadi Perancang Harta Islam.

Sekiranya anda seorang yang berminat dengan kaedah pengagihan harta mengikut prinsip Islam, seorang yang bermotivasi tinggi untuk berjaya dalam hidup, seorang yang inginkan kebebasan dalam membuat keputusan perniagaan, seorang yang ingin memajukan perniagaan secara berkumpulan, seorang yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dalam membangunkan kumpulan,seorang yang mahu menjadi usahawan ternama...maka andalah yang kami cari.

Jika ada begitu teruja dengan peluang diatas hubungi saya serta merta di talian 013-366-1242 atau emailkan kepada abdrahaman@gmail.com

Berikut ialah prinsip-prinsip perniagaan yang ditawarkan oleh syarikat as-Salihin Trustee Berhad yang memenuhi kehendak seseorang usahawan:

1. Produk Diperlukan Oleh Seseorang Islam


Anda harus memilih perniagaan yang produknya diperlukan secara menyeluruh oleh orang-orang Islam. Wasiat, pra-hibah, amanah dan Deklarasi Harta Sepencarian adalah produk atau kemudahan yang diperlukan oleh semua orang Islam asalkan mereka mempunyai harta dan hutang. Ini kerana harta yang dicari, dikumpulkan, dibersihkan (melalui zakat) akhirnya akan diagihkan kepada waris, orang yang dikasihi atau badan-badan Islam (sedekah dan wakaf).

Sekiranya anda bertungkus-lumus siang-malam mengumpul harta tetapi tidak mementingkan cara harta akan dibahagikan kepada waris-waris anda, jadi apa tujuan sebenar mengumpul harta walaupun sebuah rumah kediaman?

2. Pasaran Yang Luas


Produk yang dijual hendaklah mempunyai pasaran yang luas. Produk-produk wasiat, pra-hibah dan Deklarasi Harta Sepencarian mempunyai pasaran yang luas. Pasaran produk-produk as-Salihin adalah semua orang Muslim di Malaysia. Terdapat tidak kurang 12 juta orang Islam di Malaysia dan yang mempunyai wasiat adalah 1,000 oramg. Jadi masih ramai orang Islam yang memerlukan nasihat anda.


3. Produk Tanpa Kos Pengeluaran


Antara komponen kos perniagaan ialah kos pengeluaran produk. Ini bermakna keutungan jualan produk ialah harga jualan ditolak dengan kos pengeluaran produk. Produk-produk wasiat, pra-hibah dan deklarasi harta sepencarian tidak ada kos pengeluaran. Produk-produk ini tidak ada kos pengeluaran. Produk-produk lain kenderaan, perabot, rumah kediaman ada kos membuatnya sebelum dijual.

Ini bermakna kos pengeluaran bagi wasiat, pra-hibah dan harta sepencarian adalah kosong. Anda mendapat 100% keuntungan daripada jualan produk tersebuat. Anda hanya berbelanja kos overhed sahaja iaitu kos perjalanan berjumpa pelanggan, kos phostet dan kos talipon sahaja.


4. Pulangan Yang Lumayan


Sekiranya satu-satu perniagaan memberi pulangan bersih setiap ringgit jualan, itu dikira sudah bagus. Produk-produk utama as-salihin iaitu surat wasiat, pra-hibah dan deklarasi harta sepencarian menawarkan komisyen kasar antara 35%-40% bagi setiap jualan. Setelah ditolak kos talipon, kos phostet, kos perjalanan bertemu pelanggan yang tidak lebih 5% maka keuntungan bersih setiap jualan adalah tidak kurang daripada 30%.


5. Risiko Yang Minimum


Semua perniagaan ada risiko, maka disitulah letaknya persaingan dan keuntungan. Antara risiko utama perniagaan ialah risiko pasaran, risiko operasi dan risiko kredit. Risiko pasaran merujuk kepada turun-naik harga yang menjejaskan jualan. Risiko operasi merujuk kepada kegagalan pengurusan menguruskan perniagaannya, dan risiko kredit merujuk kepada pelanggan yang tidak membayar hutang-hutang perniagaan.

Risiko pasaran, risiko operasi dan risiko pasaran produk-produk wasiat, pra-hibah dan deklarasi harta sepencarian adalah minimum. Produk-produk wasiat, pra-hibah dan harta sepencarian tidak tertakluk kepada turun-naik harga kerana ia tidak ada kos pengeluaran yang mempengaruhi kos jualan, tidak ada turun-naik permintaan kerana ia tidak dibuat di pasaran terbuka. Produk wasiat, pra-hibah dan deklarasi harta sepencarian ditawarkan kepada pelanggan secara personalised atau hubungan langsung dengan orang yang dikenali sahaja.


6. Kos Pemasaran


Kos pemasaran adalah kos terpenting perniagaan. Tanpa promosi terutamanya pengiklanan produk anda tidak dikenali ramai, dan anda sukar menjualnya. Pemasaran yang agresif boleh memakan kos pemasaran sehingga 5%-10% daripada harga jualan. Antara komponen utama kos pemasaran ialah pengiklanan di akhbar, advertisement board, promosi melalui radio dan iklan di internet.

Anda tidak perlu mengiklan kepada orang ramai kerana ia adalah tanggungjawap as-Salihin sebagai badan korporat. Jadi anda tidak menanggung kos promosi atau pengiklanan. Anda perlu memasar dan menjual sahaja dengan cara memperkenalkan kebaikan dan sumbangan kemudahan surat wasiat, pra-hibah dan deklarasi harta sepencarian kepada pelanggan anda. Anda hanya berbelanja sedikit membeli pamplet dan risalah produk kepada kawan-kawan anda.


Hubungi Saya


Sekiranya anda tertarik dengan kerjaya sebagai Perancang Harta Islam daripada syarikat as-Salihin hubungi saya seperti berikut:

Untuk nasihat lanjut sila hubungi:
Abd Rahaman Rasid (013-366-1242)
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Berhad