12 Jun 2010

Bagaimana Perancang Harta Membantu Anda?

Bagaimana Perancang Harta Membantu Anda?


Sepasang suami isteri berjumpa saudara dan ingin mendapatkan nasihat mengenai perancangan pembahagian harta. Berikut adalah isu-isu yang memerlukan anda menilai dan memberi cadangan.

Maklumat


Suami-isteri ini berumur dalam lengkongan 50-an dan mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 20-an dan sudah berkahwin, dan telah pun mempunyai seorang cahaya mata perempuan berumur satu tahun. Suami tidak mempunyai ibu-bapa dan ada dua adik lelaki dan dua adik perempuan.

Pasangan ini tinggal di sebuah rumah berkembar dua tingkat dan pada masa ini rumah tersebut tiada sebarang hutang lagi. Rumah tersebut atas nama suami.

Persoalan dan Isu


Isteri bimbang jika berlaku sesuatu atas suaminya khususnya kematian, maka isteri bimbang masa hadapannya akan terjejas. Ini kerana berdasarkan hukum faraid, hak isteri adalah satu perlapan sahaja ke atas rumah itu, manakala anak perempuannya akan mendapat setengah (setelah ditolah satu perlapan), manakala bakinya akan dibahagikan kepada adik beradik lelaki dan perempuan kepada suaminya.

Jadi isteri mahu mempastikan beliau mempunyai hak ke atas rumah itu sekiranya suami meninggal dunia.

Suami pula bersetuju menyerahkan 100% rumah itu kepada isteri sekiranya beliau meninggal dahulu. Jadi beliau bersedia menulis surat wasiat bagi menyerahkan rumah itu kepada isterinya.

Bagaimanapun, isteri melihat surat wasiat suami itu ada risikonya. Sekiranya waris suami iaitu adik lelaki dan adik perempuan menentang, maka ia akan berbalik kepada hukum faraid dan isteri akan mendapat satu perlapan juga. Jadi surat wasiat tidak dapat mempastikan hak isteri selamat.

Bagi mempastikan isteri mendapatkan rumah itu apabila suami meninggal, suami bersedia menggunakan instrumen pra-hibah yang ditawarkan oleh syarikat as-Salihin.

Pra-hibah ialah dokumen yang dibuat oleh suami yang menyerahkan harta oleh suami itu kepada isteri, dan hanya berkuatkuasa apabila suami mengalami ketidakupayaan fizikal dan mental yang kekal atau meninggal. Isteri bersetuju dengan penggunaan instrumen pra-hibah itu. Ini kerana pra-hibah adalah pemberian suami kepada isteri dan ia tidak tertakluk kepada hukum faraid dan tidak boleh ditentang oleh waris-waris suami.

Tetapi, bagi suami, pra-hibah ada risiko kepada suami sekiranya isteri meninggal dunia terlebih dahulu. Ini kerana berdasarkan peraturan as-Salihin, pra-hibah tidak boleh ditarik balik dan pra-hibah tidak boleh bersyarat. Ini bermakna, apabila isteri meninggal dunia dahulu daripada suami, harta pra-hibah itu sudah menjadi harta pusaka isteri. Keadaan ini tentulah tidak boleh diterima oleh suami sedangkan beliau masih hidup.

Bagaimanapun, instrumen harta pencarian boleh memenuhi kehendak suami bagi mempastikan kedudukannya sebagai pemilik harta tidak akan terjejas selagi beliau masih hidup.

Melalui harta sepencarian, suami boleh menyerahkan 50% daripada rumah itu kepada isterinya dan ia berkuatkuasa serta merta dari tarikh perjanjian antara suami-isteri. Ini bermakna suami-isteri sudah boleh menarik nafas panjang.

Pada pandangan suami, beliau sudah menyerahkan 50% daripada rumah kepada isteri. Jadi apabila beliau meninggal, 50% harta sudah pun berada di tangan isteri yang dikasihinya itu tanpa tertakluk kepada hukum faraid.

Bagi isteri, beliau tidak akan terasa kehilangan tempat kediaman selepas suami meninggal dunia, kerana dengan perjanjian harta sepencarian beliau sudah pun memiliki 50% daripada hidup.

Soalannya ialah seperti berikut:
(i) apa akan terjadi kepada baki harta rumah 50% milik suami apabila suami meninggal dunia?

(ii) apa akan terjadi kepada baki harta rumah 50% milik isteri(mengikut harta sepencarian) apabila isteri meninggal dunia terlebih dahulu daripada suami?

Nasehat yang dicadangkan kepada pasangan itu ialah, suami-isteri akan membuat surat wasiat, satu untuk suami dan satu untuk isteri.

Bagi suami, ia boleh mewasiatkan baki harta 50% itu kepada isteri sekiranya suami meninggal dunia. Suami boleh menambahkan klausa, iaitu sekiranya isterinya meninggal dunia dahulu daripada suami, suami boleh meminda wasiat kemudian atau menambahkan klausa pada surat wasiat asal iaitu mewasiatkan harta itu kepada anak tunggalnya.

Bagi isteri, ia boleh menwasiatkan harta 50% itu (harta sepencarian) kepada suamibya balik atau kepada anak tunggalnya sekiranya isteri meninggal dunia. Tapi besar kemungkinan, isteri akan mewasiatkan kepada anak tunggalnya itu.

Berdasarkan senario di atas, suami, isteri dan anak berada dalam keadaan menang-menang (win-win situation).

Cadangan Kepada Pasangan Suami-isteri


Suami-isteri akan menyempurnakan 3 dokumen yang berkaitan dengan perancangan harta, iaitu:

Pertama: Suami-isteri menandatangani Perjanjian Harta Sepencarian. Suami bersetuju menyerahkan 50% hak milik rumah itu kepada isteri dan isteri bersetuju menerimanya.

Kedua: Suami akan menulis surat wasiat. Suami bersetuju menwasiatkan 50% baki harta (Selepas ditolak harta sepencarian) kepada isteri. Sekiranya isteri meninggal, bahagian harta isteri itu akan diwasiatkan kepada anaknya.

Ketiga: Isteri akan menulis surat wasiat. Isteri bersetuju mewasiatkan harta (harta sepencarian) itu kepada anak apabila beliau meninggal.


Hakmilik Abd Rahaman Rasid. Tidak boleh disalin atau dipinda tanpa kebenaran pemilik.

Abd Rahaman Rasid (013 366 1242)


Tiada ulasan: