7 November 2010

Kita Memerlukan Ramai Perancang Harta Islam

Kita Memerlukan Ramai Perancang Harta Islam


Gunakan Lima Perkara Sebelum Lima Perkara

Jika orang Barat sibuk dengan perancangan kewangannya (financial planning), mengapa kita orang Islam tidak pula sibuk dengan kaedah perancangan Islamnya? Apa kurangnya kita sebagai orang Islam mengenengahkan konsep betapa pentingnya sistem perancangan Islam?

Kepentingan kepada konsep perancangan dalam Islam telah pun lama wujud iaitu seperti maksud hadis berikut:

"Gunakan lima perkara sebelum lima perkara; masa muda sebelum masa tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati".

Mengenai perancangan pembahagian harta seseorang Islam, ia dituntut dalam Islam, iaitu berdasarkan Al-Quran:

Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara makruf (ini adalah) kewajipan atas orang-orang yang bertakwa (Al Baqarah: 180).

Al-Quran juga mementingkan perancangan yang berbentuk wasiat, iaitu berdasarkan kepada firman Tuhan:

Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris daripada yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang makruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Al-Baqarah: 240).

Kepentingan wasiat juga dapat dilihat daripada hadis yang diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqqas bahawa Rasullah bersabda:

Sesungguhnya meninggalkan waris kamu kaya adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka miskin meminta-minta manusia.

Hubungi:

Abd Rahaman Rasid
Perancang Harta Islam 
as-Salihin Trustee Bhd
Tel: 013 366 1242


Tiada ulasan: