13 November 2011

Lengkapkan Unit Amanah dan Takaful Dengan Wasiat

Lengkapkan Unit Amanah dan Takaful Dengan Wasiat


 Proses pengumpulan harta dan perlindungan harta tidak lengkap tanpa merancang pembahagian harta

Kerjaya sebagai agen takaful, insurans dan unit amanah tidak lengkap tanpa melibatkan diri sebagai Perancang Harta Islam yang ditawarkan oleh as-Salihin Trustee Berhad. Ini kerana unit amanah berkait dengan pengumpulan harta, takaful berkait dengan perlindungan harta TETAPI bab pembahagian harta dilupakan. 

Bab pembahagian harta kerap dilupakan kerana seseorang beranggapan ia boleh dibahagikan semasa hidup. Tetapi tiada siapa yang tahu akan ajal masing-masing. Apabila mati, maka berlakulah perebutan harta, harta tidak dapat diagihkan kepada waris, dan kesannya harta terbiar, simpanan terbiar, wang KWSP terbiar dan simpanan Tabung Haji terbiar. Kerajaan dan bank juga yang untung kerana dapat menggunakan sebagai wang pusingan perniagaan.

Oleh kerana kesan kematian akan menyebabkan pembekuan harta, maka adalah penting bagi kita merancang pembahagian harta semasa hidup supaya proses pembahagian harta kepada waris-waris akan berjalan dengan lancar selepas kematian pemilik harta. Perkhidmatan pembahagian harta ialah wasiat, pra-hibah, dokumen harta sepencarian dan amanah. 

As-Salihin adalah sebuah syarikat amanah yang menawarkan produk pembahagian harta kepada orang Islam sahaja.

Adalah dinasehatkan wakil takaful, wakil insurans dan wakil amanah melengkapkan tugas mereka dengan menjadi Perancang Harta Islam. Ini membolehkan mereka menawarkan khidmat wasiat dan lain-lain produk pembahagian harta selepas pelanggan bersetuju meningkatkan nilai harta (unit amanah) dan mengambil perlindungan harta (takaful). 

Sekiranya wakil insurans dan unit amanah tidak menawarkan perkhidmatan wasiat dan produk pembahagian harta, maka orang lain akan menawarkan khidmat wasiat dan lain-lain perkhidmatan kepada pelanggan yang telah mengambil unit amanah dan takaful itu. Jadi ini satu kerugian perniagaan kepada wakil unit amanah dan wakil takaful tadi. 

Orang kata buatlah perniagaan 'dua dalam satu' iaitu menawarkan pakej khidmat unit amanah, khidmat takaful dan insurans dengan khidmat pembahagian harta (wasiat, pra-hibah, amanah dan harta sepencarian).

Semoga sukses sebagai Perancang Harta Islam dalam erti kata yang sebenarnya.


Disediakan oleh:

Abd Rahaman Rasid (013 366 1242)
Email: abdrahaman@gmail.com
Perancang Harta Islam
As-Salihin Trustee Bhd

Nota: Sila hubungi Abd Rahaman Rasid bagi menjadi Perancang Harta Islam secara part-time atau sepenuh masa.

Tiada ulasan: